15 February 2011

Hari Kekasih Allah

Kita sedia maklum semalam merupakan "Valentine Day"( Hari kekasih). Menurut Utusan Malaysia " seramai 96 ditahan dalam Ops Valentine" , "OpsValentine: Tiga pasangan ditangkap berkhalwat " dan "Dua pasangan berkhalwat dicekup dalam Ops Valentine". Bergitu tiga tajuk yang mengesahkan tentang valentine day. Aku masih tak faham apa mereka inginkan kalau bukan hanya NAFSU. Sejarah tentang valentine ini telah aku beri tahu dalam post yang lepas. Antaranya; Menyingkap disebalik VALENTINE DAY) dan Valentine Day - Pandangan Islam. 

Post aku kali ini bukan aku nak cerita lebih panjang tetang hari kekasih (valentine). Tapi aku nak kisahkan tentang "Hari Kekasih Allah" yang mana pada hari ini pada tanggal 12 rabiul Awal merupakan tarikh kelahiran Rasul junjungan mulia yang telah mengubah dunia jahiliah yang dulunya penuh kegelapan dan akhirnya agama Islam yang benar ini sampai kepada kita. Syukur Alhamdulillah. Tanda kerasulan Nabi Muhammad dapat dilihat sejak baginda lahir lagi. Bermacam peristiwa pelik yang berlaku ketika itu. Terpadamnya Api di biara Majusi, istana Kirsa Parsi runtuh, Mekah diterangi cahaya putih dan bermacam lagi.

Kalau diselak helaian sejarah dan sirah baginda dalam perjuangan membawa Islam ini, tak tertahan dek hati dan jiwa menghayatinya kerana jalan juangan baginda itu penuh cabaran, dugaan dan berliku-liku. Baginda pernah ditentang, dihina, dicaci, dikeji sehinggakan ada yang melemparkan batu dan najis ketika baginda berdakwah. Namun baginda tetap SABAR demi menyampaikan agama yang suci ini.

Kebetulah semalam "Valentine day" dan hari Maulidur Rasul. 

Persoalannya ??

Kekasih yang mana yang mahu kau sanjung? 

Rasulullah atau wanita / lelaki yang kau angap kekasih?

Nasihatku kasih dan cintalah pada Allah dan Rasulnya dahulu kemudian barulah cari nilai Kasih dan Cinta itu sesama manusia.

SaLam MauLiDur RasuL kePadA SemuA