Hari esok Untuk Islam
Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....
Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya
... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.
Tips berBlog untuk Para Blogger
Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....
Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog
Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...
25 January 2012
24 January 2012
19 January 2012
Kunci Kewangan, Kesyukuran dan Kekayaan
Thursday, January 19, 2012
Unknown
Agak sepi wall Facebook saya kebelakangan ini. Beberapa projek tambahan yang diuruskan anak syarikat sedikit sebanyak menambah skop kerja saya.

Bulan Januari ini sahaja saya perlu ke Brunei, Sabah dan Pulau Pinang. Hanya 1 minggu sahaja betul-betul berada di Kuala Lumpur. Biarkan saya dengan kesibukan ini. Saya sungguh seronok!
Sebenarnya saya ingin berkongsi satu cerita. Ia berlaku ketika saya berada di Brunei atas urusan kerja beberapa tahun lepas. Hikmah ceritanya ialah saya berjaya mencapai apa yang saya ada pada hari ini.
Ketika itu saya ke Brunei bersama seorang mentor saya, juga merangkap rakan niaga. Beliau adalah mentor saya yang kelihatan paling selekeh walaupun berstatus jutawan.
Al-Kisah RM2 – Nilai Hina Tetapi Bermakna
Kisahnya saya membeli ubat gigi berharga RM2. Semasa berada di bilik hotel saya membuang resit ubat gigi itu ke dalam tong sampah dan berkata di hati saya,
“Alah, RM2 ringgit sahaja, tidak mengapa pun kalau tidak catat.” (Wah, sombongnya saya!)

Mentor saya mengambil balik resit tersebut di dalam tong sampah, dan mencatat perbelanjaan RM2 tersebut di dalam buku perbelanjaan syarikat.
Beliau berpesan kepada saya,
“Ariff, wang ringgit adalah satu amanah besar dianugerahkan Allah kepada kamu untuk diuruskan dengan baik. Walaupun harga barang itu hanya RM2, kita perlu tunjukkan dan buktikan kepada Yang Maha Kuasa bahawa kita menguruskan setiap sen anugerahNya itu dengan amanah, jujur dan disertakan rasa syukur.”
Tambahnya lagi,
“Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang kecil, maka kecillah kita akan dapat. Jika kita pandang RM2 itu dengan nilai yang besar disertakan rasa kesyukuran yang tinggi maka besarlah kita akan dapat.”
Mungkin kita pernah lihat sebilangan individu atau syarikat yang sudah mencapai ‘wang besar’. Kemudian hilang balik apa yang dimiliki dalam sekelip mata atau sedikit demi sedikit. Mungkin juga kita sendiri pernah alami situasi ini.
Mensyukuri Nikmat Kecil Membawa Keuntungan Besar
Setinggi mana tahap kita sekarang, menghargai dan mensyukuri sekecil-kecil nikmat membantu kita mencapai lebih banyak rezeki luar jangka secara terus menerus.

Jika sebaliknya, kita boleh hilang apa yang dimiliki sekarang dan tidak mustahil jatuh miskin kerana kita seolah-olah membuktikan kepada pencipta bahawa kita tidak layak menguruskan rezeki milikNya.
Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan yang mulia hatinya, pengurusan mantap kewangan individu atau syarikat adalah salah satu bukti kukuh kita kepada pencipta, bahawa kita layak memegang amanahNya.
Seterusnya layak untuk dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah selama hidup kita di dunia. Setiap sen itu juga akan dihitung di akhirat sana.
Hasbul Ariff merupakan Pengarah Urusan VAG Network, sebuah syarikat yang menganjurkan pelbagai program keusahawanan di seluruh negara termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia. Pada tahun 2011, beliau mengorak langkah bergabung dengan beberapa usahawan berjaya mengasaskan Akademi Usahawan, bertujuan meluaskan lagi ilmu keusahawanan di kalangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, beliau menjadi konsultan dalam membangunkan beberapa syarikat IT tempatan termasuklah menjadi penasihat kepada Majalah Niaga dan Komik Niaga.
18 January 2012
Kembara Mencari Tuhan Yang Hilang | Coretan
Wednesday, January 18, 2012
Unknown
Assalamulakum dan salam sejahtera semua.
Coretan kali ini, saya cuba untuk berkongsi sedikit apa yang saya lalui beberapa hari ini. Sekadar untuk catatan perjalanan hidup, memotivasikan diri , dan pengajaran untuk semua.
**Kata ganti nama "aku" digunakan agar penceritaan nampak lebih santai.
![]() |
| Kembara Mencari Tuhan |
Rencah Kehidupan : Sedih, Putus Harap, Gembira dan Kembali bersemangat
Aku melalui tahun baru 2012 dengan penuh harapan agar kehidupan yang lebih baik dapat dirasai.
Tersentak seketika apabila dugaan demi dugaan tiba. Aku mencari sahabat untuk mengadu. Sudah berjumpa, tidak terkata dek mulut. Melihat dia juga dalam "bermasalah".
"Kepada siapa hendak aku ceritakan ni", bisik hati kecilku.
Mungkin ini jawapanya :
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan." (Al-Fatihah : Ayat 5)
*****
Hati kembali gembira apabila dapat bertemu dengan adik-adik usrah (keluarga) yang sentiasa dihati. Pelbagai cerita dan ilmu dikongsikan bersama. Rasa kesedihan hilang seketika, segala duga yang menimpa dilupakan. Kepada adik-adik semua, semoga kita terus bersama, mengukuhkan ukhwan antara kita semua.
*****
17.01.12 - Malam ini aku perlu bergegas pulang ke Selangor. Esok pagi-pagi ada temu janji bersama Dokter. Jam menunjukan pukul 8.++ malam. Tak pasti sempat atau tak aku balik hari ini. Tiket kereta api tak beli lagi ni. Tak sempat nak beli awal, tugasan masih banyak tak selesai. Dengan bantun sahabat serumah aku, kami terus ke station kereta api.
Jam menunjukan lebih kurang 8.50 mlm. selalunya waktu macam ni tiket dah habis, tinggal tunggu nak naik kereta api je.
Di Kaunter jual tiket terpapar perkatan "Close" . Namun, dengan hati yang pasrah dan penuh berharap, aku bertanya di kaunter tiket "Bang, tiket ke KL Senteral ada lagi tak?".
Syukur Alhamdulillah.... ada lagi. Tu pun yang tiket Kelas 2 (bawah) tinggal 1 je lagi. dan saya dimaklumkan perjalanan malam itu ditunda sehingga jam 9.25 mlm.Itulah ketentuan Allah.
*****
Dalam perjalanan aku berasa gembira sangat. Allah ketemukan aku dengan orang istimewa bagiku.
Pertama : Pak cik yang aku tak kenal pun. Jumpa di Cafe dalam kereta api. Disapa dan diajak berborak. Katanya, hendak ke Bali, Indonesia. Ada urusan kerja. Perbualan kami menjadi rancak apabila beliau menceritakan sedikit pengalaman hidupnya. Wajahnya mirip seperti ayahku.
Di akhir perbualan, kami temui titik persamaan antara kami. Rupanya dia ni keturunan "Minang Kabau" juga, seperti ayah dan mak aku. Lebih mengembirakan lagi, dia memberi tawaran kepada aku kalau dah habis belajar nanti, kerja dengan dia. Nak tahu siapa dia sebenarnya?
Dia adalah pengerusi Koperasi Gunung Jati Kedah Berhad. Semoga dapat berjumpa pakcik Azis ni lagi.
Kedua : Senior sekolah aku dulu... lama dah tak jumpa. Dikenali dengan pangilan Maghfur (maaf sebut nama). Gembira jupa dia. Sekarang dia belajar dekat UPSI, Perak. Perbualan rengkas, tapi bermakna. :)
*****
18.01.12 - Seperti yang telah dirancang, pagi ini aku kena pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Ada temu janji bersama dokter untuk melakukan suntikan Botox. Aku disarankan ambil suntikan Botox untuk mengatasi masalah kesihatan aku.
Sesi kaunseling dijalankan, Dr. Ooi meceritakan kesan sampingan pengambilan ubat ni. Takut juga aku dengar. Sebelum ini aku pernah disarankan untuk mengambilnya. Tapi aku tak nak.
Kali ini, aku rasakan... aku perlu ambil. Moga dengan dengan izin Allah, aku akan sembuh.
Sebagaimana firman Allah SWT:
وَإِذَا
مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ
Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku; (80)[As-Syu'ara':80]
*Sampai sekarang Dokter pun tak dapat kenal pasti punca penyakit aku. Aku pun sebenarnya tak menyangkakan aku akan alami masalah ini. Mana tidaknya, aku sebenarnya seorang yang mementingkan kesihatan. Bila dikurniakan penyakit ini, mungkin Dia sedang mengujiku atas dosa-dosaku yang lalu (Muhasabah diri kembali).
Begitulah Kisah perjalanan hidupku minggu ini, Dialah mengatur segala-galanya. SEDIH, gembira, SUKA, duka itulah rencah kehidupan.
"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)." (Al-An'am: 44)
Wassalam...
Abdul Manan Bin Abdullah
www.mananqayyim.com
18 Januari 2012
14 January 2012
Menjadi Saudagar Tuhan, kaya di Dunia dan kaya di Akhirat
Saturday, January 14, 2012
Unknown
Alhamdulillah, semalam selesai sudah Bengkel Keusahawanan Khalifah Business 2012 selama satu hari. Bengkil ini dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN), UiTM Kedah. Pelbagai infomasi dan ilmu dikongsikan bersama para peserta oleh penceramah jemputan (usahawan) dan fasilitator.
Saya juga turut berkongsi sedikit ilmu yang ada kepada para peserta yang hadir. Kepada para peserta, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan sepanjang penyampaian saya semalam.
Disini saya kongsikan bersama anda yang tidak dapat hadir dalam program ini. Moga bermaat untuk kita bersama.
Nota [1]
Berniaga Kena Ada Ilmu
Dunia perniagaan kita telah berkembang pesat. Pelbagai cara dan kaedah perniagaan muncul sejak akhir-akhir ini. Antaranya adalah Kaedah Konvensional, MLM (Multi Level Marketing), Affiliate Marketing, Internet Marketing, Forex Treading dan bermacammacam lagi. Perlu diingatkan, DASAR UTAMA hukum muamalat atau perniagaan ini adalah HALAL, dan kaedah pelaksanaannya fleksibel selagi tidak melangar hukum syarak (tiada unsur Riba dan unsur Haram yang lain)".....Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...." (Surah Al-Baqarah, 275)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu." (Surah al-Nisa`: 29)
Dalam ayat al-Quran diatas, Jelas Allah menghalalkan jual beli cara yang betul dan mengharamkan Riba. Kepada mereka yang ingin menceburi sesuatu bidang perniagaan, dinasihatkan agar memahami ilmu pengetahuan kaedah pelaksanannya terlebih dahulu. Rujuklah kepada mereka yang pakar dan arif dalam bidang ini.
Laman Cadangan Sebagai Rujukan Peniagaan Islam :
1) www.zaharuddin.net
Nota [2]
Rahsia Jutawan Islam
Peniagaan juga merupakan jalan kita mengembangkan Islam. Kita dapat lihat para sahabat Rasulullah dahulu ramai antara mereka adalah Jutawan dalam bidang perniagaan. Seperti, Saidina Abu Bakar As Sidik, Abdul Rahman Auf dan Rasulullah sendiri merupakan ahli perniagaan. Kita juga ada tokoh Usahawan Wanita Islam iaitu Siti Khadijah Khuwailid yang mempunyai banyak harta.
Jutawan-jutawan ini banyak menyumbangkan harta mereka ke jalan Allah. Dan mereka yakin, semakin banyak mereka berikan ke jalan Allah, semakin banyak akan mereka perolehi.
Buktinya. Saya berikan Abdul Rahman Auf sebagai contoh.
lihat bagaimana, keyakinan Abdul Rahman dengan janji Allah. Apabila beliau menyumbangkan hartanya ke jalan Allah, maka semakin bertambahlah harta kekayaan miliknya.Tahun 614 Masihi : Beliau memeluk Islam melalui Abu BakarTahun 622 Masihi/ 1 Hijrah : Berhijrah ke Yathrib (Madinah) dan diisytiharkan muflis apabila hartanya dirampas orang Quraisy.Tahun 631 Masihi/ 9 Hijrah : Beliau digelar JUTAWAN dalam masa 10 tahun sahaja. Sifat dermawan beliau dapat dilihat apabila beliau mampu menyumbangkan harta sebanyak 200 dinar, 500 kuda perang dan 1500 ekor unta untuk Peperangan Tabuk. Angaran jumlah sumbangan beliau sebanyak RM25.1328 juta (Berdasarkan nilai matawang sekarang)Tahun 632 Masihi/ 10 Hijrah : Tahun kewafatan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.Tahun 654 Masihi/32 Hijrah : Abdul Rahman memiliki pendapatan bersih tertinggi individu bernialai RM107.814 juta (Berdasarkan nilai matawang sekarang).
Nota [3]
Menjadi Saudagar Tuhan, - kaya di Dunia dan kaya di Akhirat.
Jangan kita sangka di Dunia sahaja ada orang Muflis, pada hari akhirat juga manusia boleh jatuh muflis. Muflis di Akhirat lebih dahsyat berbanding muflis di Dunia.
Moga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang muflis di Akhirat kelak.Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham (wang) dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Nabi s.a.w. bersabda:”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) ia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadits Riwayat Muslim)
Saudagar Tuhan sebenarnya adalah gelaran khusus yang diberikan kepada Abdul Rahman bin Auf. Memangdangkan jasa dan pengorbanan beliau menegakkan Islam dengan harta dan kekayaannya, Rasulullah memberi gelaran kepadanya sebagai Saudagar Tuhan.
Generasi seterusnya boleh menggunakan gelaran ini sekiranya syarat-syarat yang terdapat pada diri beliau diwarisi secara menyeluruh.
Konsep saudagar Tuhan juga dikupas secara langsung dalam al-Quran, iaitu berdasarkan tawaran tender perniagaan yang diberikan oleh Allah dalam surah as-Saf, ayat 10 - 12.
Syarat-syarat Kelayakan menjadi sebagai SAUDAGAR TUHAN.Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10]Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). [11] (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ” Adn “. Itulah kemenangan yang besar. [12]
- Beriman kepada Allah dan Rasul
- Terus berusaha mencari rezeki
- Memenuhi hak-hak Allah ke atas harta
- Memenuhi hak orang miskin ke atas harta.
Kesimpulan.
Bentuklah diri kita dari sekarang untuk menjadi seorang usahawan Islam yang akan sentiasa ingat akan Allah. Tunaikan lah hak-hak Allah dan mereka yang berada disekeliling kita. Disamping itu, tambahlah ilmu pengetahuan kita dalam bidang ini yang berlandaskan Islam.
Kepada para peserta dan fesilitator semoga anda menjadi seorang Jutawan Muslim yang berjaya suatu hari nanti. Insya-Allah
Wassalam
Abdul Manan bin Abdullah,
www.mananqayyim.com
14 Januari 2012
___________________
Rujukan :
Siapa Orang Yang
Bankrap (Muflis)? (2010, Febuari 2). Retrieved Januari 14, 2012, from Portal
APIS: http://www.apisbp.net
Aizuddinur
Zakaria. (2012). Rahsia Jutawan Islam - Abdul Rahman bin Auf. Selangor:
PTS Professional Publising Sdn. Bhd.
Surah as-Saff. Retrieved
Januari 14, 2012, from Al-Quran Melayu: http://www.alquran-melayu.com
12 January 2012
Jangan Salahkan Bulan, Matahari | Sajak
Thursday, January 12, 2012
Unknown
Kita mencari dimana Bulan dalam terang Matahari,
Sedangkan cahayanya sudah cukup menerangi Bumi,
Masa berlalu....
Tatkala malam menjelma, kita tercari-cari dimana Matahari,
Sedangkan Bulan bersama Bintang sudah sukup menghiasi angkasa.
Bergitulah kehendak nafsu serakah mencari dunia......
Abdul Manan Abdullah
Sungai Petani, 2011
www.manaqayyim.com
29 December 2011
Perkembangan Fesyen Masa Kini : Negatif atau Positif
Thursday, December 29, 2011
Unknown
Kemodenan dalam islam bukan satu penghalang untuk kita maju kehadapan. Kita sebenarnya bukan "ketinggalan zaman" atau "kuno" apabila kita tidak mengikuti trend dedah aurat yang semakin menular masa kita.
Petukaran zaman demi zaman itu sendiri telah menunjukan kita telah berubah demi kemajuan yang lebih baik. Pada zaman Jahiliyah, manusia tidak menutup aurat dan bila datangnya islam. Umat menusia lebih moden dengan perkembangan fesyen ketika itu.
Kita zoom lebih dekat dengan kehidupan kita di Malaysia. Kalau kita lihat ketika zaman 50-an dan 60-an masyarakat ketika itu berpakaian tudung nampak jambul bagi wanita dan lelaki gemar mengenakan seluar pendek. Perubahan zaman masa kini, kita dapat lihat wanita kini lebih berfesyen dengan memakai tudung yang lebih sempurna sifatnya dan bergitu juga fesyen bagi lelaki. Namun dicelah kemodenan itu, ada lagi yang ingin kebelakang seperti zaman 50-an, 60-an dan Zaman Jahiliyah.
Ikuti penjelasan lanjut dalam vedio dibawah :
28 December 2011
Syarat yang Dibenarkan untuk Melakukan Maksiat
Wednesday, December 28, 2011
Unknown
Lumrah kehidupan seorang insan sememangnya dikurniakan nafsu. Persoalannya bangaimana kita menguruskannya dengan baik agar tidak tersasar dari landasan yang sebenar. Saya sendiri tidak lari daripada permasalahan ini. Sebagai renungan kita bersama ayuh kita hayati kisah Ibrahim ibn Adham dan seorang lelaki yang gemar bermaksiat. Moga-moga kita berfikir dua tiga kali sebelum melakukan maksiat.
******
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia
berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong
berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim
berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,
maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar
bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.
credit to: cahayamukmin.blogspot.com



















