Kuala Lumpur

Sebuah sajak nukilan Manan Qayyim

Hari esok Untuk Islam

Sebenarnya ini merupakan satu tasawwur yang silap yang seharusnya diperbaiki. Kegelapan yang menimpa umat Islam kini tidak akan selama-lamanya. Fajar Islam akan menyinsing tidak lama lagi.....

Ketika Siti Hajar Mencari Air Untuk Anaknya

... Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismail ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.

Tips berBlog untuk Para Blogger

Perkembangan blog pada hari ini semakin bertambah banyak hari demi hari, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Proses membuat satu blog bergitu mudah berbanding website.....

Jangan Promosi Dosa di Facebook dan Blog

Dosa dan pahala boleh bercambah dengan mudah, tanpa kawalan dan kesedaran sebaiknya, catatan amalan seseorang mungkin mengejutkannya di hari pembalasan kelak...

15 March 2012

Esok - Perhimpunan Aman Selamatkan Syria


Tarikh: Jumaat, 16 Mac 2012
Masa: Jam 2.00 petang (Selepas Jumaat)
Lokasi: Kedutaan Syria, Jalan U-thant, Ampang, Kuala Lumpur
Tema: Berpakaian baju putih

Satu himpunan aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Syria, Jalan U-thant, Ampang, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat, 16 Mac ini.

Orang ramai boleh menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji atau masjid berdekatan sebelum berarak ke Kedutaan Syria (2.5km). Berpakaian yang bertemakan putih.

Anjuran bersama NGO-NGO Malaysia (Gabungan Selamatkan Syria)

Minum Kopi Elak Penyakit Kronik.

Kopi merupakan salah satu minuman kegemaran saya. Terutamanya kopi kampung memang sedap.

Biarpun meminum kopi sering dikaitakan dengan kesan negatif akibat pengambilan kafein, pengkaji dari Nutrisi Postsdam-Rehbrucke di Jerman baru-baru ini mendapati bahawa kopi sangat baik untuk mengelakkan penyakit kronik.


Kajian ke atas 40,000 orang itu disiarkan dalam American Journal of Clinical Nutrition. Ia turut menolak kajian sebelum ini yang menyatakan bahawa kopi boleh mengundang strok, sakit jantung dan kanser.

“Kajian kami membuktikan bahawa pengambilan kopi tidak membahayakan orang dewasa malah menjauhkan mereka daripada penyakit kronik,” kata ahli epidermiologi, Anna Floegel yang juga ketua pengkaji.

Katanya lagi, pengguna kopi kurang berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan kanser.
Mereka juga mendapati seseorang yang suka minum kopi dapat menghindari penyakit diabetes jenis 2.

Credit : Mingguan Utusan

13 March 2012

Kuala Lumpur | Sajak


Kuala Lumpur

Tiada beza siang atau malam,
kesesakan pasti berlaku,
Manusia berkeliaran disini sana,
Yang beza hanyalah waktu,

Dalam terang malam,
Cayaha neon tetap besinar,
Manan Qayyim,
11.08 PM  13/03/2012
Bukit Bintang, KL

12 March 2012

Syair Bahasaku oleh Abdul Talib Hamid

BAHASAKU

Sedih hati tidak terperi
Bahasaku terus dibincang saban hari
Dibuang oleh bangsa sendiri
Dipandang hina dianggap duri

Dendam mereka terus membara
Bahasa Melayu dihapus segera
Bahasa asing diangkat gembira
Pemangkin ekonomi itulah diwara-wara

Orang luar minat memerhati
Bahasa Melayu dikaji teliti
Indahnya bahasa memikat hati
Mudah dipelajari bahasa jati

Pertandingan pidato mereka serta
Wahana bahasa Melayu mereka berkata
Fasih sungguh terkesima kita
Kesungguhan mereka jelas di mata

Tetapi pelik kita di sini
Bahasa rancu diguna kini
Alasan mudah asal difahami
Kesilapan bahasa tidak didalami

Terus berusaha pejuang bahasa
Bahasa Melayu ke arah mahawangsa
Dituturkan manusia peringkat antarabangsa
Baharulah puas menabur jasa

Selagi hayat berselimut badan
Semangat dan kemampuan harus sepadan
Perjuangan memartabatkan bahasa bukanlah edan
Tetapi kerja mulia tanpa sempadan

Jikalau kita yang berkesedaran
Biarkan bahasa sendiri bertaburan
Dihinjak disepak sifat yang baran
Gembira petualang itulah disaran

Peneraju negara ada peranan
Jadikan bahasa rakyat berkenan
Kaedah pelbagai jadikan saranan
Rakyat setia meneruskan perjalanan

Mujahid bahasa letih tiada
Semangat jihad kejap di dada
Bahasa dimartabat itulah agenda
Selagi dihina perjuangan berganda

Suara kita harus sekata
Bersatu dipimpin para pendeta
DBP mengaum semua celik mata
Pimpinan mantap kata dikota

Marilah kita gemblengkan tenaga
Memantapkan bahasa seisi keluarga
Ke dalam masyarakat diuar-uar juga
Agar mereka turut bersiaga

Jikalau bangsa ingin disanjung
Bahasa sendiri harus dijunjung
Bahasa asing simpan di anjung
Agar bangsa kekal hingga penghujung

Insan kerdil sekadar berbicara
Bahasa sendiri diangkat dikira
Agar didengari pimpinan berpengaruh suara
Pertahan bahasa dihindari dera

Bahasa bersantun dibibir pemimpin
Rakyat di bawah rasa terpimpin
Seni bahasa selembut zapin
Bukan sekadar dijadikan lampin

Andainya hilang bahasaku ini
Punah bangsa diisi guni
Ke samudera dihunjam dengan berani
Tinggal gemulah bahasa berseni

Benteng ampuh kitalah galang
Jiwa kebal sukar dihalang
Petualang datang akan dipalang
Bahasa keramat kan tetap gemilang
Hasil fikir,
Abdul Talib Hamid
Telok Panglima Garang
11 Mac 2012
Ahad, 10.59 malam
_____________________________________________ 

Baru baru ini telah berlangsung Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012. Orang luar hebat berbahasa Melayu. Kita bagaimana?

Berikut keputusannya.


Peserta peringkat akhir kategori Nusantara
  1. Fathiah Ibrahim dari Malaysia (juara)
  2. Dk. Mumtazah Pg Haji Md Jaafar dari Brunei Darussalam (naib juara)
  3. Wahyudi dari Indonesi (tempat ketiga)

Peserta peringkat akhir kategori Antarabangsa
  1. Sebghatullah Qazizada dari Afghanistan (juara)
  2. Polina Matveycheva dari Rusia (naib juara) 
  3. Elena Vorobyeva dari Latvia (tempat ketiga)
  4. Marina Makarova dari Moldova
  5. Yota Tamura dari Jepun
Jom kita lihat orang Afghanistan berpidato...

10 March 2012

Berpelukan dalam Bas, Tanpa Rasa Malu.

.Suatu ketika, Lukman Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah…..
Kisah yang bakal anda baca sebentar nanti, adalah kisah nyata. Berlaku kepada pemuda yang bernama Haikal (bukan nama sebenar). 
*******

Haikal adalah seorang pemuda yang suka bersiar-siar seorang diri. Melihat kehidupan yang berlaku kepada manusia sepanjang perjalanannya. Menjadi pengajaran kepada dirinya. 

Petang Jumaat itu, dia berkesempatan menjalankan aktiviti kegemaranya. Setelah selesai urusan pengambilan barang di pejabat pos, dia terus bersiar sekitar ibu kota Kuala Lumpur. 

Perkembangan dan kemajuan yang pesat di Kuala Lumpur amat beza dengan Bandar-bandar lain di Malaysia. Begitu juga kehiduapan masyarakatnya, apa yang penting adalah diri mereka. Sikap tegur-menegur sukar dilihat.

Penat berjalan dari petang samapai kemalam. Haikal pun pulang ke rumah.

Dalam perjalanan dari Moneral ke LRT. Dari LRT ke station bas. Bas pun tiba, dalam letih berjalan haikal terus menaiki bas yang penuh padat. Begitulah suasana kenderaan awam sekitar ibu kota. 

“Penuhnya…..”, bisik hati haikal.

Bas pun terus bergerak.

“ya Allah, ape perempuan ni. Tak tahu malu ka?” , terkedu haikal melihat apa yang berlaku.

gambar sekadar hiasan
Kalihatan seorang wanita remaja melayu bertudung dan berbaju kurung sedang berpelukan dengan seorang lelaki asing (muka ala bangla/ arab ). Dalam keadaan bas yang sesak, mereka berpelukan dan ada ketikanya si lelaki mencium dahi dan leher wanita tersebut.

Ramai yang melihat. Tapi, tak ada seorang pun yang menegur kelakuan mereka. 

“aku nak buat ape ni. Tak kan nak biarkan je… Nak tegur aku pun buat dosa tadi…”, dilema haikal keseorangan. 

Haikal cuba menatap garang wajah wanita tersebut dengan harapan wanita itu akan sedar kesalahannya. Namun tidak dihiraukan.

Haikal ingin menegur, tapi dalam hati rasa takut dan merasa dirinya bukan seorang baik dan alim.

“berilah kekuatan pada diriku, ya Allah”….

Kerana tidak tahan melihat kelakuan mereka sepanjang di dalam bas tersebut. Haikal memberanikan diri demi menjaga imej agama dan bangsa yang dibawa oleh wanita tersebut.

“eh….. ni dah kawin ka? ”

“haa….. dah kawin dah ka? ”, dengan nada garang Haikal bertanyakan kepada mereka. 

Mereka terdiam. Pelukan dilepaskan. Si Wanita mula gelisah, dan beberapa minit kemudia, lelaki asing itu pun turun daripada bas. Si wanita masih didalam bas.

Itu sahaja lah yang termampu Haikal lakukan.

**********

Begitulah kisah Haikal...

Jika kita hayati kembali nasihat Lukaman Hakim diatas, kita akan menemui kebenarannya katanya. “sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam….”. Dengan kejadian yang diceritakan oleh Haikal diatas, itulah gambaran sesetengah remaja masa kini. 
 
screenshot dari Facebook seorang sahabat...
www.mananqayyim.com
6 p.m. | 10 Mac 2012

07 March 2012

Langkah Lestari (A. Samad Said)

Sejak subuh ini resah mendera qalbuku
mendengar nafas bumi yang cuba syahdu.
Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,
mewarasi setiap suara derita atau rianya.
Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbu
kerana terdengar rimba masih juga diganggu.
Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyi
taring haloba masih bengis menoda bumi.
Di mana lagi dapat kuhirup udara yang murni,
setiap detik, dan serentak, terhidu elegi bumi?
Di sini—dedaun bersyair kepada leluhurnya,
bunga rimba cuba menari depan keluarganya.

Walau sungai serahsianya masih merdu mengalir,
kembaranya tetap resah di sisi ikan yang getir.
Dan kita mula terdengar suara rindu abad lalu,
menyerap gelak mewaras sedu, segala yang pilu.
Kita tidak akan rela berganjak mendakap alam
khusus ketika ia sedang terus terdera kejam;
kita tak rela dengar rintih rimba yang murung;
atau menyerap tangis dedaun dan sedu burung.
Kita berazam cekal berlawan di qalbu rimba
memanfaat setiap kitab lara dan buku sengsara.
Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara
kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.
Kau yang pendera usah berhelah atau berpura
kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.

(A. Samad Said)